Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah membuat Lawatan Penandaarasan ke SK(C) Anglo Chinese Kota Kinabalu pada 3 Nov 2017 (JUMAAT). Seramai 20 orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor menyertai lawatan tersebut. Rombongan tersebut diketuai oleh En. Ismail Bin Che Ani, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT JPN Selangor dan Puan Rahayu Binti Tumirin, Ketua Unit Maklumat dan ICT, Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT JPN Selangor. Selain itu, rombongan juga turut disertai penolong-penolong pengarah, Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT JPN Selangor, Penolong Pegawai, Penyelia Maklumat dan juga Juruteknik Komputer JPN Sabah.
Guru besar Pn. Ong Kooi Huong menjemput kedatangan para tetamu dengan tangan terbuka.
En. Wan Zainuddin Hj Awang, Ketua Unit Maklumat ICT, Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT JPN Sabah turut mengikuti dalam lawatan tersebut.
Para pelawat turut disambut mesra oleh pasukan tarian tradisional. Selepas itu, sesi bergambar sebagai kenangan.
Melawat ke sudut-sudut sekolah dan pengawas sekolah memberi penerangan setiap sudut kepada para tetamu.
Selepas itu, pelawat dibawa melawat ke Bilik Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS) yang merupakan penandaarasan sekolah.
Melawat ke Pusat Sumber sekolah yang juga merupakan salah satu penandaaras di sekolah SK(C) Anglo Chinese Kota Kinabalu.
Melawat ke Raspberry PI Lab. Penyelaras Raspberry PI Lab Cikgu Chua sedang memberi taklimat ringkas kepada para pelawat.
Seterusnya, pelawat diberi peluang untuk mencuba raspberry pi supaya memahami fungsi raspberry pi lebih mendalam.
Pelawat menjamu selera sebelum sesi perkongsian pintar.
Para pelawat mengisi buku pelawat digital secara atas talian dengan menggunakan telefon pintar masing-masing.
Sesi perkongsian pintar bersama pegawai-pegawai JPN Sabah. Guru besar Pn. Ong Kooi Huong memberi ucapan dan memberi sedikit penerangan mengenai sekolah. Selepas itu, Cikgu Kenneth Liew, Guru Data dan Maklumat (GDM) SKC Ango Chinese berkongsi tentang pengurusan maklumat di sekolah.
Ucapan En. Ismail Bin Che Ani, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Maklumat & ICT JPN Selangor.
Sesi penyampaian cenderahati sebagai kenangan.
Sesi bergambar sebagai kenangan.
按【Read more】观看更多有关活动照片。
Tekan "Read more" untuk gambar aktiviti.