Sempena Karnival Bestari Sekolah yang Ke-4, pihak sekolah telah menjemput Jebat Photography Club untuk memberi taklimat dan bengkel konsep Photostory kepada Sub PLC Bestari Sekolah Rendah 4 dan 6 (SJKC) Unit Pengurusan Maklumat & ICT, PPD Kota Kianabalu. Kelab Fotografi SKC Anglo Chinese merupakan kelab angkat kepada Jebat Photography Club sejak tahun 2015 lagi.
Pengasas Jebat Photography Club, En. Idremzizan atau dikenali sebagai Jebat Legacy sedang memberi taklimat konsep Photostory.
Guru Penyelaras Bestari SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu, Cikgu Lawrence Ling memberi cenderahati kepada Jebat Photography Club sebagai tanda penghargaan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jebat Photography Club, En. Idremzizan, Khairil Anwar Bin Suhaili dan Abd Salam B Kadirun atas taklimat dan bengkel konsep photostory.
按【Read more】观看更多有关活动照片。
Tekan "Read more" untuk gambar aktiviti.