2 Disember 2016 - Guru-guru Besar SJK(C) Kanowit,Sarawak telah melawat ke SK(C) Anglo Chinese Kota Kinabalu pada hari ini. Seramai 5 orang guru besar terlibat dalam lawatan penanda aras ini.
Guru besar SK(C) Anglo Chinese Puan Ong Kooi Huong dan barisan pentadbir menyambut tetamu iaitu Guru-guru besar SJK(C) Kanowit, Sarawak dengan tangan terbuka. Guru besar juga membawa para temamu melawat ke setiap sudut sekolah.
Sesi bergambar di Sudut Apresiasi sebagai kenangan.
Melawat ke Sudut Kitar Semula.
Melawat ke Bilik Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS) yang merupakan Penanda Aras JPMS(sekolah rendah) Pringkat Negeri pada tahun 2015. Guru Data dan Maklumat SK(C) Anglo Chinese, Cikgu Kenneth memberi penjelasan tentang fungsi dan kegunaan buku statistik kepada para tetamu.
Melawat ke Pusat Sumber sekolah yang merupakan JOHAN Pusat Sumber Cemerlang (Kategori Sekolah Rendah) Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.
Sesi bergambar di Studio Mini sebagai kenangan.
Tetamu juga mengambil kesempatan untuk mengambil gambar individu sebagai kenangan.
Melawat ke Sudut Pembelajaran Abad 21.
Melawat ke Makmal Komputer SK(C) Anglo Chinese yang juga merupakan JOHAN Makmal Komputer Daerah Kota Kinabalu pada tahun 2015.
Cikgu Kenneth menjelaskan fungi server sekolah kepada para tetamu.
Guru Prasekolah Cikgu Lee Mui Foong memberi penjelasan kepada para tetamu mengenai sejarah prasekolah SK(C) Anglo Chinese.
Sebelum sesi perkongsian bermula, para tetamu mengisi buku pelawat digital dengan mengimbas QR Code yang dipaparkan di papan interaktif melalui telefon bimbit pintar.
Sesi perkongsian Guru Besar SK(C) Anglo Chinese, Puan Ong Kooi Huong.
Beliau memberi taklimat mengenai sejarah dan pengenalan kepada sekolah. Beliau juga berkongsi perkembangan ICT di sekolah Anglo Chinese.
Sesi perkongsian Guru Data dan Maklumat Cikgu Kenneth mengenai Pengurusan Maklumat Abad Ke-21.
Para tetamu mendengar perkongsian dengan penuh perhatian.
Sesi perkongsian Guru Prasekolah Cikgu Lee Mui Foong mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan serta pengurusan prasekolah.
Tetamu diberi peluang untuk mencuba papan interaktif yang digunapakai di setiap kelas SK(C) Anglo Chinese.
Saling bertukar sijil penghargaan sebagai tanda penghargaan.